Metodologi Kajian Kajian dijalankan secara Kolaboratif yang mana melibatkan seorang naqib untuk seorang murid. Kaedah ini dikenalpasti sebagai kaedah Talaqqi Musyafahah bersama naqib. Guru membuat pemerhatian dengan membuat catatan dan survey melalui aktiviti membaca al-Quran semasa P&P. Data yang diperolehi ialah guru dapat mengenal pasti pelajar yang baik dan lemah dalam pembacaan al-Quran. Melalui pemerhatian ini, guru telah membahagikan kumpulan murid pandai dijadikan sebagai naqib, manakala kumpulan murid lemah dijadikan sebagai pengikut kepada naqib. Setting Kajian Kajian dijalankan di dalam surau pada waktu rehat sepanjang bulan Ramadhan. Sampel Kajian Kajian ini dijalankan secara kolaboratif oleh 3 orang guru pelatih kepada 46 orang pelajar tingkatan 1 dan 34 orang pelajar tingkatan 2 di Sekolah Methodist Laki-Laki Kuala Lumpur. Pengumpulan Dan Analisis Data Pengumpulan Data dibuat melalui borang penilaian naqib, borang mentee, pemerhatian,catatan dan rakaman video. Analisis Data melalui borang penilaian naqib dan pemerhatian, prestasi pelajar yang baik bacaan telah meningkat berikutan bilangan menurunya bilangan pelajar yang lemah dalam ketiga-tiga aspek iaitu kelancaran, makhraj dan juga tajwid. Implikasi Kajian Apa yang dapat dipelajari Penyataan Masalah Metodologi Kajian Kajian ini menggunakan Teknik Perbincangan dan aktiviti Kerja Berkumpulan. Pemerhatian dilakukan di dalam kelas ketika proses pengajaran sedang dijalankan dan temubual dijalankan dengan menemubual pelajar secara rawak. Setting Kajian Guru membuat pemerhatian di dalam kelas melalui pemerhatian ke atas 2 gelung iaitu gelung pertama dan gelung kedua. Gelung pertama melibatkan merancang, melaksana, mengumpul dan refleksi. Manakala gelung kedua melibatkan merancang semula, melaksana, mengumpul dan menganalisis dan refleksi dan hasil kajian. Sampel Kajian Pelajar Tingkatan 4 Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sentul seramai 45 orang pelajar , yang terdiri daripada 23 orang daripada kelas Maju dan 22 orang daripada kelas Harapan Pengumpulan dan Analisis Data Data diperolehi melalui pemerhatian dan temubual.Melalui pemerhatian,didapati penglibatan pelajar sangat aktif dan telah menunjukkan minat. Melalui temubual menunjukkan aktiviti perbincangan dan kerja kumpulan mampu membantu pelajar memahami isi-isi penting. Seramai 13 orang daripada 16 orang pelajar memberi jawapan yang sama. Implikasi Kajian Mendapati bahawa teknik pengajaran yang dilakukan adalah berkesan sama ada melalui respon-respon atau jawapan-jawapan terhadap persoalan yang diutarakan oleh guru semasa pengajaran, pemerhatian dan refleksi kendiri pengkaji. Apa yang dapat dipelajari
Meningkatkan penguasaan bacaan al-Quran dikalangan pelajar tingkatan 1 dan 2 Sekolah Methodist Laki-laki Kuala Lumpur dengan menggunakan kaedah Talaqqi dan Musyafahah
Masyitah Ulul Azmin
Shamsurena Shamsudin
Siti Hasmiyati Zahari
Meningkatkan keberkesanan pengajaran Pendidikan Islam dengan menggunakan kaedah perbincangan dan aktiviti kerja kumpulan dalam pembelajaran Sirah Nabawiyyah dan Tamadun Islam
Masitah Abdullah (P43695)
Siti Halimah Hasim (P43635)
Saturday, October 31, 2009
TUGASAN 3 : Aktiviti 1 LAPORAN KOLOKIUM
Penyataan Masalah
Hasil tinjauan guru-guru pelatih pelajar yang lemah dalam pembacaan al-Quran ini tidak mendapat pendidikan al-Quran secara formal dengan guru-guru al-Quran. Malah masih ada yang belum tamat dan masih tergagap ketika disuruh membaca al-Quran. Pada mereka mempelajari al-Quran hanya perlu belajar di sekolah sahaja dengan ustaz/ah di sekolah sama seperti mempelajari subjek Pendidikan Islam.
Sejauhmanakah kaedah Talaqqi dan Musyafahah dapat menarik minat pelajar kepada pembelajaran tilawah al-Quran ?
Adakah kaedah Talaqqi dan Musyafahah merupakan satu kaedah yang terbaik untuk meningkatkan pencapaian pelajar dari segi kelancaran, tilawah, dan juga makhraj tilawah?
Bagaimanakah naqib (rakan pembimbing) dapat membantu dalam penguasaan al-Quran terhadap mentee melalui perlaksanaan kaedah Talaqqi dan Musyafahah?
memberi kefahaman kepada pelajar malah mampu membangkitkan minat serta pelajar dapat melibatkan diri secara aktif dalam p&p tilawah.
meningkatkan penguasaan pelajar dalam membaca al-Quran
guru dan naqib mampu membantu murid-murid yang lemah dalam membaca al-Quran melalui kaedah Talaqqi Musyafahah
dapat mengetahui pendekatan yang terbaik dalam mengajar murid menguasai bacaan Al-Quran.
dapat mengetahui dengan lebih mendalam cara pendekatan naqib ini dilaksanakan di sekolah.
Adakah perlaksanaan teknik perbincangan dan aktiviti kerja kumpulan dapat menarik minat pelajar untuk mempelajari tajuk Sirah Nabawiyyah dan Tamadun Islam?
Adakah pelaksanaan teknik perbincangan dan aktiviti kerja kumpulan dapat membantu murid memahami dan mengingati fakta-fakta yang terdapat dalam tajuk Sirah Nabawiyyah dan Tamadun Islam?
Mendapat pengetahuan tentang tatacara melaksanakan kaedah perbincangan dan kerja kumpulan dilakukan untuk menarik minat pelajar pada matapelajaran yang diajar.
Dapat mengetahui proses-proses yang perlu dijalankan semasa kajian tindakan dijalankan di sekolah.
Posted by Noraini Ishak at 1:46 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment