Saturday, December 5, 2009

TUGASAN 4: Aktiviti 13 (Mini Kajian Tindakan)

Teori-teori, Strategi atau Kaedah yang boleh diguna/diadaptasi bagi setiap masalah.



KAEDAH SIMULASI

Definisi Simulasi

Simulasi merupakan satu gambaran abstrak sesuatu situasi sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau isu.Ia merupakan satu situasi yang diwujudkan untuk menyerupai keadaan sebenar dengan cara menggunakan masalah-masalah yang benar-benar wujud atau menyediakan situasi-situasi yang benar-benzr wujud di dalam keadaan yang terkawal.


KAEDAH TUNJUK CARA/DEMONSTRASI

Definisi Demonstrasi

Tunjuk cara atau demontrasi ialah satu cara untuk melatih pelajar memerhati dan melakukan sesuatu aktiviti mengikut prosedur. Ia melibatkan demonstrasi guru atau seorang individu di hadapan kelas untuk menunjukan sesuatu aktiviti atau prosedur atau langkah. Cara ini sesuai untuk pengajaran tarian, lukisan, jimnastik atau menjalankan sesuatu aktiviti. Tiga jenis tunjukcara ialah model hidup, model simbolik dan model persepsi.


Kerangka Teoritikal

Kerangka teoritikal terbahagi kepada dua pembolehubah utama iaitu pemboleh ubah bersandar, pemboleh ubah tidak bersandar. Dalam kajian ini, pembolehubah tidak bersandar yang dikenalpasti kaedah simulasi yang dijalankan. Manakala pembolehubah bersandar adalah minat, keaktifan pelajar dan pencapaian pelajar. Kajian ini melihat kaedah simulasi yang dijalankan mampu meningkatkan minat pelajar terhadap pembelajaran, pelajar akan bergerak aktif serta meningkatkan tahap pencapaian pelajar.




Konseptual dan Operasional kajian

Definisi konsep adakalanya dirujuk sebagai definisi teori yang haeus bersabdarkan kepada sesuatu teori atau lebih diperkukuhkan oleh kajian-kajian lepas. Ia lebih memberi maksud abstrak atau umum.

Definisi operasional pula ialah definisi yang digunakan oleh penyelidik untuk menjelaskan responden, pemboleh ubah yang hendak diuji atau dimanipulasi dalam kajian. Ia memberi gambaran bagaimana konsep yang hendak dikaji itu boleh diperhatikan atau dimanipulasikan.

Kerangka Konseptual
Kerangka Operasional
  • simulasi - simulasi ialah suatu metodologi untuk melaksanakan percubaan dengan menggunakan model dari satu sistem nyata (Siagian, 1987).Menurut Hasan (2002), simulasi merupakan satu model pengambilan keputusan dengan mencontoh atau mempergunakan gambaran sebenarnya dari suatu sistem kehidupan dunia nyata tanpa harus mengalaminya pada keadaan yang sesungguhnya.Simulasi adalh suatu teknik yang dapat digunakan untuk memformulasikan dan memecahkan model-model dari golongan yang luas.Golongan atau kelas ini sangat luasnya sehingga dapat dikatakan 'jika semua cara yang lain gagal,cubalah simulasi' (Schroeder,1997). Dalam kajian ini, simulasi merujuk kepada satu aktiviti bagi menarik minat pelajar.
  • pembelajaran - Menurut ahli psikologi, pembelajaran adalah perubahan tingkah laku yang kekal hasil pengalaman-pengalaman yang pernah dilalui. Definisi umum yang diterima pula ialah sebarang perubahan yang kekal secara relatifnya dalam gelagat (tingkah laku) yang berlaku disebabkan oleh pengalaman (Robbins, 2002). Burton (1963) menyatakan bahawa pembelajaran adalah sesuatu perubahan yang berlaku pada individu akibat daripada interaksi antara individu dan persekitaran. Individu yang ingin mendapat perubahan adalah disebabkan oleh keperluan dan kehendak supaya lebih berkeupayaan menangani masalah. Menurut Hilgard dan Atkinson (1967), pembelajaran didefinisikan sebagai sesuatu perubahan yang berlaku pada tingkahlaku seseorang hasil daripada sesuatu perbuatan. Manakala Borger dan Seaborne (1966) pula menyatakan pembelajaran merupakan sesuatu perubahan yang berlaku pada tingkah laku seseorang hasil daripada sesuatu pengalaman. Kedua-dua definisi ini menekankan bahawa perubahan tingkah laku merupakan elemen yang penting dalam pembelajaran.

Friday, December 4, 2009

Aktiviti 10:Ulasan Buku

Tajuk buku: All You Need To Know About Action Research (1st Ed)
Penulis: Jean McNiff and Jack Whitehead Tempat terbitan: London
Tahun terbitan: 2006Publisher: Sage Publications1.

Konsep Kajian Tindakan
Kajian tindakan merupakan suatu bentuk kajian dimana pengamal menghasilkan idea baru tentang bagaimana menambahbaik amalannya, dan menggunakan idea-idea ini sebagai teori yang diamalkannya. Dalam erti kata lain, ia merupakan satu bentuk kajian yang membolehkan pengamal mengkaji untuk meningkatkan amalannya,samada secara individu atau secara kolektif. Kajian tindakan juga merupakan satu persoalan atau pertanyaan yang boleh dilakukan di mana-mana untuk membuat penyelidikan dan penaksiran ke atas kerja mereka. Antara persoalan yang ditanya pada diri sendiri sebelum membuat KT:

  • Apa saya buat?
  • Apa yang perlu ditingkatkan?
  • Bagaimana meningkatkan?

Mengapa guru perlu buat kajian tindakan ·

Untuk meningkatkan proses pembelajaran, dalam usaha penambahbaikan amalan pengajaran.Dapat menambahkan pengetahuan dan teori pengamal tentang bagaimana sesuatu perkara dapat dilakukan dengan lebih baik dan kenapa. Semua kajian bermatlamat untuk menjana pengetahuan dan membina teori baru.

Rekabentuk kajian tindakan ·

Model : An Action-Reflection Cycle Model yang dapat dilihat dalam buku ini ialah action-reflection cycle.

Kitaran ini akan berterusan sehinggalah pengamal berpuas hati dengan apa yang dikajinya itu. Sampel Sampel merujuk kepada individu (participants) yang terlibat.

Setting Kajian
Merujuk kepada tempat dan sekeliling dimana kajian dijalankan. Contohnya bilik darjah, sekolah, pejabat dan sebagainya.

Prosedur Kajian Tindakan

Kajian Tindakan merupakan satu proses yang sistematik dan berterusan. Langkah-langkah yang terlibat adalah:

  • membuat penilaian tentang apa yang berlaku.
  • mengenalpasti apa yang ingin dikaji.
  • merancang langkah yang perlu diambil.
  • melaksanakan apa yang dirancang.
  • memantau tindakan dengan menggabungkan data untuk melihat apa yang berlaku.
  • menilai perkembangan dan lakukan penilaian tentang apa yang berlaku.
  • menguji kesahan data yang diperolehi.
  • melakukan penambahbaikan sekiranya perlu.
  • mengulangi langkah-langkah di atas sehingga keadaan yang dikehendaki diperolehi.

Pengumpulan dan penganalisaan data
Pastikan samada data yang dikumpul adalah berbentuk kualitatif atau kuantitatif. Seterusnya, tentukan teknik pengumpulan data yang ingin digunakan. Dalam mengumpul data, terdapat 3 perkara yang akan timbul iaitu data apakah yang dicari, dimana dan bagaimana mendapatkan data diperolehi. Untuk menjawab persoalan-persoalan ini, kembalilah kepada matlamat asal kajian yang dibuat.· Antara teknik yang disyorkan didalam buku ini untuk merekod dan mengumpul data adalah menggunakan nota lapangan, rekod lampiran dan jadual pemantauan, rekod bertulis, diari dan rekod peribadi, soal jawab, tinjauan dan temubual, video dan lain-lain.· Setelah semua data dikumpulkan, ia perlulah dianalisa bagi menghasilkan bukti hasil kajian.

Kebolehpercayaan dan kesahan kajian tindakan (reliability & validity) ·
Selepas bukti diperolehi, kesahan perlu dilakukan. Kesahan (validity) merujuk kepada membuktikan kebenaran nilai yang diberitahu, ketulenan atau kebolehpercayaan kajian. Ini melibatkan ketelitian dan berhati-hati dalam prosedur methodologi. Untuk menjalankan kesahan, cara kritik (critique)digunakan. Pertama, pilih beberapa pengkritik samada rakan kritik atau kumpulan validasi. Setelah dikenalpasti, jemput mereka sebagai pengkritik. Terangkan dengan jelas apa yang sedang dilakukan. Mereka perlulah sentiasa terlibat dalam kajian tersebut, tahu kajian apa yang sedang dibuat, melihat data-data yang dikumpul, dan membuat pertimbang dalam aspek kontekstual dan koheren dalaman. Kesemua ini merupakan perkara yang perlu mereka tahu dalam langkah memberikan maklumbalas kritik.· Melalui kritik yang diberikan, pengamal boleh mengenalpasti perkara atau apa-apa yang mungkin telah terlepas pandang olehnya, dan dapat membantunya mencari petunjuk baru. Mereka juga membantu pengamal mengenalpasti samada telah berlaku peluasan pemikirannya dan pembinaan wawasan baru, atau adakah kajian hanya dilakukan untuk menilai dan meneruskan andaian sedia ada.

Etika Kajian Tindakan

  1. Rundingan dan akses keselamatan (Negotiable and Security Access)Sebelum memulakan sesuatu kajian, perbincangan dan meminta kebenaran untuk melaksanakan kajian perlu dilakukan. Ini melibatkan memohon kebenaran secara bersurat (formal). Ia merupakan perkara yang amat penting kerana bukan sahaja melibatkan isu budi bahasa dan sopan, tetapi untuk mengelakkan perkara melibatkan litigasi (tindakan mahkamah)di masa hadapan.
  2. Melindungi pihak yang terlibat (Protecting your participants)Pastikan nama atau sebarang identiti peserta kajian tidak didedahkan, melainkan mereka membenarkannya. Begitu juga tentang lokasi kajian. Lakukan perjanjian bahawa pengamal tidak akan membocorkan sebarang maklumat melainkan dibenarkan oleh peserta dan pengamal mestilah mengotakan janji itu.
  3. Memberikan keyakinan dan kepercayaan (Assuring good faith)Kotakan apa yang dijanji. Ini bermaksud pengamal hendaklah sentiasa berlaku jujur setiap masa. Matlamatnya untuk membentuk reputasi bagi integriti, dan perlindungan. Seseorang itu akan lebih bersedia untuk bekerjasama dengan orang yang mereka percayai.

Penilaian Keseluruhan terhadap buku ini

Secara keseluruhannya, buku ini dapat membantu saya lebih memahami apakah Kajian Tindakan (Action Research). Buku ini telah mengulas tentang bagaimana mengenalpasti soalan-soalan kajian, membuat rancang tindakan, menggunakan methodologi yang sesuai, dan sebagainya. Terdapat banyak contoh-contoh kajian tindakan yang diselitkan dalam buku ini. Buku ini patut dijadikan rujukan kerana banyak penerangan dan maklumat yang dapat membantu terutamanya golongan yang baru berkecimpung dalam dunia perguruan untuk memahami konsep dan apakah itu Kajian Tindakan.

Saturday, November 21, 2009

TUGASAN 4:Aktiviti 9

KAEDAH SIMULASI BAGI MATAPELAJARAN MATEMATIK DAN KEMAHIRAN HIDUP

MATLAMAT KAJIAN
  • Melalui kaedah simulasi ini dapat memberikan pelajar pengalaman sebenar bagi membolehkan mereka mengaplikasi dalam kehidupan seharian.

OBJEKTIF KAJIAN
  • Menarik minat pelajar untuk mempelajari matapelajaran matematik dan kemahiran hidup.
  • Meningkatkan kefahaman pelajar dalam matapelajaran.

PERSOALAN KAJIAN

  • Adakah penggunaan kaedah simulasi boleh menarik minat pelajar dalam matapelajaran?
  • Adakah penggunaan kaedah simulasi sesuai digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi matapelajaran?

Friday, November 20, 2009

TUGASAN 4: Aktiviti 8

CADANGAN-CADANGAN UNTUK MENGATASI KELEMAHAN
Pendapat individu
  • Memberikan pendedahan dan pengalaman berdasarkan situasi sebenar kepada pelajar dengan pelbagai kaedah mengikut kesesuaian tajuk.
Pendapat rakan sepasukan
  • Guru perlulah lebih kreatif dan sensitif dalam pengajaran dalam mempelbagaikan aktiviti.

Pendapat kumpulan lain

  • Memberi peluang kepada pelajar untuk melibatkan diri di dalam kelas dengan mengadakan aktiviti-aktiviti tertentu.

Literature Review

  • Teacher must be sensitive to the needs of their students and dedicated themselves to the improvement of student learning as their primary professional objective (NCTM, 1980).

TUGASAN 4: Aktiviti 7

KELEMAHAN
Pendapat individu
  • Pelajar tidak terdedah kepada pengalaman sebenar tentang isi pengajaran.
  • Oleh sebab itu,pelajar tidak dapat mengaplikasikan dalam situasi sebenar

Pendapat rakan sepasukan

  • Pelajar hanya dapat memberi fokus hanya 20 minit pertama sesi pembelajaran sekiranya tiada aktiviti yang dilakukan
  • Pelajar tidak aktif dalam sesi pengajaran dan pembelajaran

Pendapat kumpulan lain

  • Pelajar berasa bosan berada di kelas apabila pembelajaran hanya berpusatkan guru

Literature Review

  • Setiap pendidik mestilah bertanggungjawab untuk memiliki dan mengekalkan keterampilan (competency) dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan mengambil kira keperluan dan tahap pencapaian para pelajar (NCTM , 1980)

TUGASAN 4:Aktiviti 6

KEKUATAN

Pendapat individu

  • Pelajar akan memberikan perhatian dan tumpuan sepenuhnya kepada sesuatu yang jelas dapat dilihat secara langsung.
  • Membolehkan pelajar memahami dan mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian
  • Pelajar akan dapat bertindak secara spontan dengan pengalaman yang ada apabila berhadapan dengan situasi tertentu

Pendapat rakan sepasukan

  • Dapat meningkatkan daya kefahaman pelajar dan menjana pemikiran lebih kreatif.
  • Pelajar lebih memahami apabila diberikan pengalaman sebenar secara langsung
Pendapat rakan-rakan
  • Pelajar dapat mengalami dengan sendiri situasi tersebut. Malahan sebarang kemusykilan atau ketidak fahaman, pelajar dapat bertanya terus pada guru.
  • Pelajar dapat aplikasikan sendiri di rumah. Bukan sekadar belajar di sekolah dan di atas buku semata-mata.

Literature Review

  • Menurut Tg.Zawawi,1997a , kemahiran mengira yang melibatkan daya pemikiran dan kreativiti yang tinggi ianya memerlukan kefahaman sesuatu konsep dengan tepat da menyeluruh.

Thursday, November 19, 2009

TUGASAN 1 & TUGASAN 4: Aktiviti 5

Mengapa guru novis atau guru berpengalaman perlu melakukan kajian tindakan??

Guru novis perlu melakukan kajian tindakan dalam bilik darjah untuk menambahkan pengetahuan dan melakukan penambahbaikan terhadap sesuatu amalan. Kajian tindakan juga merupakan satu proses pengembangan profesion keguruan itu sendiri dalam meningkatkan kualiti P&P.Manakala melalui kajian tindakan, guru berpengalaman boleh mengemukakan kaedah-kaedah atau teori-teori baru berdasarkan pengalaman dan amalan yang dilakukan di dalam bilik darjah. Kaedah-kaedah serta teori-teori ini boleh dijadikan panduan oleh guru novis.