Saturday, December 5, 2009

TUGASAN 4: Aktiviti 13 (Mini Kajian Tindakan)

Teori-teori, Strategi atau Kaedah yang boleh diguna/diadaptasi bagi setiap masalah.



KAEDAH SIMULASI

Definisi Simulasi

Simulasi merupakan satu gambaran abstrak sesuatu situasi sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau isu.Ia merupakan satu situasi yang diwujudkan untuk menyerupai keadaan sebenar dengan cara menggunakan masalah-masalah yang benar-benar wujud atau menyediakan situasi-situasi yang benar-benzr wujud di dalam keadaan yang terkawal.


KAEDAH TUNJUK CARA/DEMONSTRASI

Definisi Demonstrasi

Tunjuk cara atau demontrasi ialah satu cara untuk melatih pelajar memerhati dan melakukan sesuatu aktiviti mengikut prosedur. Ia melibatkan demonstrasi guru atau seorang individu di hadapan kelas untuk menunjukan sesuatu aktiviti atau prosedur atau langkah. Cara ini sesuai untuk pengajaran tarian, lukisan, jimnastik atau menjalankan sesuatu aktiviti. Tiga jenis tunjukcara ialah model hidup, model simbolik dan model persepsi.


Kerangka Teoritikal

Kerangka teoritikal terbahagi kepada dua pembolehubah utama iaitu pemboleh ubah bersandar, pemboleh ubah tidak bersandar. Dalam kajian ini, pembolehubah tidak bersandar yang dikenalpasti kaedah simulasi yang dijalankan. Manakala pembolehubah bersandar adalah minat, keaktifan pelajar dan pencapaian pelajar. Kajian ini melihat kaedah simulasi yang dijalankan mampu meningkatkan minat pelajar terhadap pembelajaran, pelajar akan bergerak aktif serta meningkatkan tahap pencapaian pelajar.




Konseptual dan Operasional kajian

Definisi konsep adakalanya dirujuk sebagai definisi teori yang haeus bersabdarkan kepada sesuatu teori atau lebih diperkukuhkan oleh kajian-kajian lepas. Ia lebih memberi maksud abstrak atau umum.

Definisi operasional pula ialah definisi yang digunakan oleh penyelidik untuk menjelaskan responden, pemboleh ubah yang hendak diuji atau dimanipulasi dalam kajian. Ia memberi gambaran bagaimana konsep yang hendak dikaji itu boleh diperhatikan atau dimanipulasikan.

Kerangka Konseptual
Kerangka Operasional
  • simulasi - simulasi ialah suatu metodologi untuk melaksanakan percubaan dengan menggunakan model dari satu sistem nyata (Siagian, 1987).Menurut Hasan (2002), simulasi merupakan satu model pengambilan keputusan dengan mencontoh atau mempergunakan gambaran sebenarnya dari suatu sistem kehidupan dunia nyata tanpa harus mengalaminya pada keadaan yang sesungguhnya.Simulasi adalh suatu teknik yang dapat digunakan untuk memformulasikan dan memecahkan model-model dari golongan yang luas.Golongan atau kelas ini sangat luasnya sehingga dapat dikatakan 'jika semua cara yang lain gagal,cubalah simulasi' (Schroeder,1997). Dalam kajian ini, simulasi merujuk kepada satu aktiviti bagi menarik minat pelajar.
  • pembelajaran - Menurut ahli psikologi, pembelajaran adalah perubahan tingkah laku yang kekal hasil pengalaman-pengalaman yang pernah dilalui. Definisi umum yang diterima pula ialah sebarang perubahan yang kekal secara relatifnya dalam gelagat (tingkah laku) yang berlaku disebabkan oleh pengalaman (Robbins, 2002). Burton (1963) menyatakan bahawa pembelajaran adalah sesuatu perubahan yang berlaku pada individu akibat daripada interaksi antara individu dan persekitaran. Individu yang ingin mendapat perubahan adalah disebabkan oleh keperluan dan kehendak supaya lebih berkeupayaan menangani masalah. Menurut Hilgard dan Atkinson (1967), pembelajaran didefinisikan sebagai sesuatu perubahan yang berlaku pada tingkahlaku seseorang hasil daripada sesuatu perbuatan. Manakala Borger dan Seaborne (1966) pula menyatakan pembelajaran merupakan sesuatu perubahan yang berlaku pada tingkah laku seseorang hasil daripada sesuatu pengalaman. Kedua-dua definisi ini menekankan bahawa perubahan tingkah laku merupakan elemen yang penting dalam pembelajaran.

0 comments: