Saturday, December 5, 2009

TUGASAN 4: Aktiviti 13 (Mini Kajian Tindakan)

Teori-teori, Strategi atau Kaedah yang boleh diguna/diadaptasi bagi setiap masalah.



KAEDAH SIMULASI

Definisi Simulasi

Simulasi merupakan satu gambaran abstrak sesuatu situasi sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau isu.Ia merupakan satu situasi yang diwujudkan untuk menyerupai keadaan sebenar dengan cara menggunakan masalah-masalah yang benar-benar wujud atau menyediakan situasi-situasi yang benar-benzr wujud di dalam keadaan yang terkawal.


KAEDAH TUNJUK CARA/DEMONSTRASI

Definisi Demonstrasi

Tunjuk cara atau demontrasi ialah satu cara untuk melatih pelajar memerhati dan melakukan sesuatu aktiviti mengikut prosedur. Ia melibatkan demonstrasi guru atau seorang individu di hadapan kelas untuk menunjukan sesuatu aktiviti atau prosedur atau langkah. Cara ini sesuai untuk pengajaran tarian, lukisan, jimnastik atau menjalankan sesuatu aktiviti. Tiga jenis tunjukcara ialah model hidup, model simbolik dan model persepsi.


Kerangka Teoritikal

Kerangka teoritikal terbahagi kepada dua pembolehubah utama iaitu pemboleh ubah bersandar, pemboleh ubah tidak bersandar. Dalam kajian ini, pembolehubah tidak bersandar yang dikenalpasti kaedah simulasi yang dijalankan. Manakala pembolehubah bersandar adalah minat, keaktifan pelajar dan pencapaian pelajar. Kajian ini melihat kaedah simulasi yang dijalankan mampu meningkatkan minat pelajar terhadap pembelajaran, pelajar akan bergerak aktif serta meningkatkan tahap pencapaian pelajar.




Konseptual dan Operasional kajian

Definisi konsep adakalanya dirujuk sebagai definisi teori yang haeus bersabdarkan kepada sesuatu teori atau lebih diperkukuhkan oleh kajian-kajian lepas. Ia lebih memberi maksud abstrak atau umum.

Definisi operasional pula ialah definisi yang digunakan oleh penyelidik untuk menjelaskan responden, pemboleh ubah yang hendak diuji atau dimanipulasi dalam kajian. Ia memberi gambaran bagaimana konsep yang hendak dikaji itu boleh diperhatikan atau dimanipulasikan.

Kerangka Konseptual
Kerangka Operasional
  • simulasi - simulasi ialah suatu metodologi untuk melaksanakan percubaan dengan menggunakan model dari satu sistem nyata (Siagian, 1987).Menurut Hasan (2002), simulasi merupakan satu model pengambilan keputusan dengan mencontoh atau mempergunakan gambaran sebenarnya dari suatu sistem kehidupan dunia nyata tanpa harus mengalaminya pada keadaan yang sesungguhnya.Simulasi adalh suatu teknik yang dapat digunakan untuk memformulasikan dan memecahkan model-model dari golongan yang luas.Golongan atau kelas ini sangat luasnya sehingga dapat dikatakan 'jika semua cara yang lain gagal,cubalah simulasi' (Schroeder,1997). Dalam kajian ini, simulasi merujuk kepada satu aktiviti bagi menarik minat pelajar.
  • pembelajaran - Menurut ahli psikologi, pembelajaran adalah perubahan tingkah laku yang kekal hasil pengalaman-pengalaman yang pernah dilalui. Definisi umum yang diterima pula ialah sebarang perubahan yang kekal secara relatifnya dalam gelagat (tingkah laku) yang berlaku disebabkan oleh pengalaman (Robbins, 2002). Burton (1963) menyatakan bahawa pembelajaran adalah sesuatu perubahan yang berlaku pada individu akibat daripada interaksi antara individu dan persekitaran. Individu yang ingin mendapat perubahan adalah disebabkan oleh keperluan dan kehendak supaya lebih berkeupayaan menangani masalah. Menurut Hilgard dan Atkinson (1967), pembelajaran didefinisikan sebagai sesuatu perubahan yang berlaku pada tingkahlaku seseorang hasil daripada sesuatu perbuatan. Manakala Borger dan Seaborne (1966) pula menyatakan pembelajaran merupakan sesuatu perubahan yang berlaku pada tingkah laku seseorang hasil daripada sesuatu pengalaman. Kedua-dua definisi ini menekankan bahawa perubahan tingkah laku merupakan elemen yang penting dalam pembelajaran.

Friday, December 4, 2009

Aktiviti 10:Ulasan Buku

Tajuk buku: All You Need To Know About Action Research (1st Ed)
Penulis: Jean McNiff and Jack Whitehead Tempat terbitan: London
Tahun terbitan: 2006Publisher: Sage Publications1.

Konsep Kajian Tindakan
Kajian tindakan merupakan suatu bentuk kajian dimana pengamal menghasilkan idea baru tentang bagaimana menambahbaik amalannya, dan menggunakan idea-idea ini sebagai teori yang diamalkannya. Dalam erti kata lain, ia merupakan satu bentuk kajian yang membolehkan pengamal mengkaji untuk meningkatkan amalannya,samada secara individu atau secara kolektif. Kajian tindakan juga merupakan satu persoalan atau pertanyaan yang boleh dilakukan di mana-mana untuk membuat penyelidikan dan penaksiran ke atas kerja mereka. Antara persoalan yang ditanya pada diri sendiri sebelum membuat KT:

  • Apa saya buat?
  • Apa yang perlu ditingkatkan?
  • Bagaimana meningkatkan?

Mengapa guru perlu buat kajian tindakan ·

Untuk meningkatkan proses pembelajaran, dalam usaha penambahbaikan amalan pengajaran.Dapat menambahkan pengetahuan dan teori pengamal tentang bagaimana sesuatu perkara dapat dilakukan dengan lebih baik dan kenapa. Semua kajian bermatlamat untuk menjana pengetahuan dan membina teori baru.

Rekabentuk kajian tindakan ·

Model : An Action-Reflection Cycle Model yang dapat dilihat dalam buku ini ialah action-reflection cycle.

Kitaran ini akan berterusan sehinggalah pengamal berpuas hati dengan apa yang dikajinya itu. Sampel Sampel merujuk kepada individu (participants) yang terlibat.

Setting Kajian
Merujuk kepada tempat dan sekeliling dimana kajian dijalankan. Contohnya bilik darjah, sekolah, pejabat dan sebagainya.

Prosedur Kajian Tindakan

Kajian Tindakan merupakan satu proses yang sistematik dan berterusan. Langkah-langkah yang terlibat adalah:

  • membuat penilaian tentang apa yang berlaku.
  • mengenalpasti apa yang ingin dikaji.
  • merancang langkah yang perlu diambil.
  • melaksanakan apa yang dirancang.
  • memantau tindakan dengan menggabungkan data untuk melihat apa yang berlaku.
  • menilai perkembangan dan lakukan penilaian tentang apa yang berlaku.
  • menguji kesahan data yang diperolehi.
  • melakukan penambahbaikan sekiranya perlu.
  • mengulangi langkah-langkah di atas sehingga keadaan yang dikehendaki diperolehi.

Pengumpulan dan penganalisaan data
Pastikan samada data yang dikumpul adalah berbentuk kualitatif atau kuantitatif. Seterusnya, tentukan teknik pengumpulan data yang ingin digunakan. Dalam mengumpul data, terdapat 3 perkara yang akan timbul iaitu data apakah yang dicari, dimana dan bagaimana mendapatkan data diperolehi. Untuk menjawab persoalan-persoalan ini, kembalilah kepada matlamat asal kajian yang dibuat.· Antara teknik yang disyorkan didalam buku ini untuk merekod dan mengumpul data adalah menggunakan nota lapangan, rekod lampiran dan jadual pemantauan, rekod bertulis, diari dan rekod peribadi, soal jawab, tinjauan dan temubual, video dan lain-lain.· Setelah semua data dikumpulkan, ia perlulah dianalisa bagi menghasilkan bukti hasil kajian.

Kebolehpercayaan dan kesahan kajian tindakan (reliability & validity) ·
Selepas bukti diperolehi, kesahan perlu dilakukan. Kesahan (validity) merujuk kepada membuktikan kebenaran nilai yang diberitahu, ketulenan atau kebolehpercayaan kajian. Ini melibatkan ketelitian dan berhati-hati dalam prosedur methodologi. Untuk menjalankan kesahan, cara kritik (critique)digunakan. Pertama, pilih beberapa pengkritik samada rakan kritik atau kumpulan validasi. Setelah dikenalpasti, jemput mereka sebagai pengkritik. Terangkan dengan jelas apa yang sedang dilakukan. Mereka perlulah sentiasa terlibat dalam kajian tersebut, tahu kajian apa yang sedang dibuat, melihat data-data yang dikumpul, dan membuat pertimbang dalam aspek kontekstual dan koheren dalaman. Kesemua ini merupakan perkara yang perlu mereka tahu dalam langkah memberikan maklumbalas kritik.· Melalui kritik yang diberikan, pengamal boleh mengenalpasti perkara atau apa-apa yang mungkin telah terlepas pandang olehnya, dan dapat membantunya mencari petunjuk baru. Mereka juga membantu pengamal mengenalpasti samada telah berlaku peluasan pemikirannya dan pembinaan wawasan baru, atau adakah kajian hanya dilakukan untuk menilai dan meneruskan andaian sedia ada.

Etika Kajian Tindakan

  1. Rundingan dan akses keselamatan (Negotiable and Security Access)Sebelum memulakan sesuatu kajian, perbincangan dan meminta kebenaran untuk melaksanakan kajian perlu dilakukan. Ini melibatkan memohon kebenaran secara bersurat (formal). Ia merupakan perkara yang amat penting kerana bukan sahaja melibatkan isu budi bahasa dan sopan, tetapi untuk mengelakkan perkara melibatkan litigasi (tindakan mahkamah)di masa hadapan.
  2. Melindungi pihak yang terlibat (Protecting your participants)Pastikan nama atau sebarang identiti peserta kajian tidak didedahkan, melainkan mereka membenarkannya. Begitu juga tentang lokasi kajian. Lakukan perjanjian bahawa pengamal tidak akan membocorkan sebarang maklumat melainkan dibenarkan oleh peserta dan pengamal mestilah mengotakan janji itu.
  3. Memberikan keyakinan dan kepercayaan (Assuring good faith)Kotakan apa yang dijanji. Ini bermaksud pengamal hendaklah sentiasa berlaku jujur setiap masa. Matlamatnya untuk membentuk reputasi bagi integriti, dan perlindungan. Seseorang itu akan lebih bersedia untuk bekerjasama dengan orang yang mereka percayai.

Penilaian Keseluruhan terhadap buku ini

Secara keseluruhannya, buku ini dapat membantu saya lebih memahami apakah Kajian Tindakan (Action Research). Buku ini telah mengulas tentang bagaimana mengenalpasti soalan-soalan kajian, membuat rancang tindakan, menggunakan methodologi yang sesuai, dan sebagainya. Terdapat banyak contoh-contoh kajian tindakan yang diselitkan dalam buku ini. Buku ini patut dijadikan rujukan kerana banyak penerangan dan maklumat yang dapat membantu terutamanya golongan yang baru berkecimpung dalam dunia perguruan untuk memahami konsep dan apakah itu Kajian Tindakan.

Saturday, November 21, 2009

TUGASAN 4:Aktiviti 9

KAEDAH SIMULASI BAGI MATAPELAJARAN MATEMATIK DAN KEMAHIRAN HIDUP

MATLAMAT KAJIAN
  • Melalui kaedah simulasi ini dapat memberikan pelajar pengalaman sebenar bagi membolehkan mereka mengaplikasi dalam kehidupan seharian.

OBJEKTIF KAJIAN
  • Menarik minat pelajar untuk mempelajari matapelajaran matematik dan kemahiran hidup.
  • Meningkatkan kefahaman pelajar dalam matapelajaran.

PERSOALAN KAJIAN

  • Adakah penggunaan kaedah simulasi boleh menarik minat pelajar dalam matapelajaran?
  • Adakah penggunaan kaedah simulasi sesuai digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi matapelajaran?

Friday, November 20, 2009

TUGASAN 4: Aktiviti 8

CADANGAN-CADANGAN UNTUK MENGATASI KELEMAHAN
Pendapat individu
  • Memberikan pendedahan dan pengalaman berdasarkan situasi sebenar kepada pelajar dengan pelbagai kaedah mengikut kesesuaian tajuk.
Pendapat rakan sepasukan
  • Guru perlulah lebih kreatif dan sensitif dalam pengajaran dalam mempelbagaikan aktiviti.

Pendapat kumpulan lain

  • Memberi peluang kepada pelajar untuk melibatkan diri di dalam kelas dengan mengadakan aktiviti-aktiviti tertentu.

Literature Review

  • Teacher must be sensitive to the needs of their students and dedicated themselves to the improvement of student learning as their primary professional objective (NCTM, 1980).

TUGASAN 4: Aktiviti 7

KELEMAHAN
Pendapat individu
  • Pelajar tidak terdedah kepada pengalaman sebenar tentang isi pengajaran.
  • Oleh sebab itu,pelajar tidak dapat mengaplikasikan dalam situasi sebenar

Pendapat rakan sepasukan

  • Pelajar hanya dapat memberi fokus hanya 20 minit pertama sesi pembelajaran sekiranya tiada aktiviti yang dilakukan
  • Pelajar tidak aktif dalam sesi pengajaran dan pembelajaran

Pendapat kumpulan lain

  • Pelajar berasa bosan berada di kelas apabila pembelajaran hanya berpusatkan guru

Literature Review

  • Setiap pendidik mestilah bertanggungjawab untuk memiliki dan mengekalkan keterampilan (competency) dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan mengambil kira keperluan dan tahap pencapaian para pelajar (NCTM , 1980)

TUGASAN 4:Aktiviti 6

KEKUATAN

Pendapat individu

  • Pelajar akan memberikan perhatian dan tumpuan sepenuhnya kepada sesuatu yang jelas dapat dilihat secara langsung.
  • Membolehkan pelajar memahami dan mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian
  • Pelajar akan dapat bertindak secara spontan dengan pengalaman yang ada apabila berhadapan dengan situasi tertentu

Pendapat rakan sepasukan

  • Dapat meningkatkan daya kefahaman pelajar dan menjana pemikiran lebih kreatif.
  • Pelajar lebih memahami apabila diberikan pengalaman sebenar secara langsung
Pendapat rakan-rakan
  • Pelajar dapat mengalami dengan sendiri situasi tersebut. Malahan sebarang kemusykilan atau ketidak fahaman, pelajar dapat bertanya terus pada guru.
  • Pelajar dapat aplikasikan sendiri di rumah. Bukan sekadar belajar di sekolah dan di atas buku semata-mata.

Literature Review

  • Menurut Tg.Zawawi,1997a , kemahiran mengira yang melibatkan daya pemikiran dan kreativiti yang tinggi ianya memerlukan kefahaman sesuatu konsep dengan tepat da menyeluruh.

Thursday, November 19, 2009

TUGASAN 1 & TUGASAN 4: Aktiviti 5

Mengapa guru novis atau guru berpengalaman perlu melakukan kajian tindakan??

Guru novis perlu melakukan kajian tindakan dalam bilik darjah untuk menambahkan pengetahuan dan melakukan penambahbaikan terhadap sesuatu amalan. Kajian tindakan juga merupakan satu proses pengembangan profesion keguruan itu sendiri dalam meningkatkan kualiti P&P.Manakala melalui kajian tindakan, guru berpengalaman boleh mengemukakan kaedah-kaedah atau teori-teori baru berdasarkan pengalaman dan amalan yang dilakukan di dalam bilik darjah. Kaedah-kaedah serta teori-teori ini boleh dijadikan panduan oleh guru novis.

TUGASAN 4: Aktiviti 4

Tajuk Mini Kajian : KAEDAH SIMULASI BAGI MATAPELAJARAN MATEMATIK DAN KEMAHIRAN HIDUP

Peserta Kajian

  • pelajar yang mengambil matematik dan kemahiran hidup yang diajar oleh guru yang sama.

Setting kajian

  • di dalam bilik darjah dan kawasan sekitar sekolah

TUGASAN 3 : Aktiviti 3

Kajian Tindakan Senior (Pertama)

Meningkatkan penguasaan bacaan al-Quran dikalangan pelajar tingkatan 1 dan 2 Sekolah Methodist Laki-laki Kuala Lumpur dengan menggunakan kaedah Talaqqi dan Musyafahah
Kesesuaian tajuk dengan maksud Kajian Tindakan
  • Tajuk di atas sesuai dengan maksud kajian tindakan kerana, maksud kajian tindakan itu sendiri menyatakan satu kajian yang dijalankan bertujuan untuk penambahbaikan kepada amalan yang sedia ada. Perkataan "Meningkatkan" itu selari dengan penambahbaikan kepada amalan.

Meningkatkan keberkesanan pengajaran Pendidikan Islam dengan menggunakan kaedah perbincangan dan aktiviti kerja kumpulan dalam pembelajaran Sirah Nabawiyyah dan Tamadun Islam

Kesuaian tajuk dengan maksud Kajian Tindakan

  • Tajuk di atas tidak sesuai dengan maksud kajian tindakan kerana kajian tindakan tidak boleh mendakwa keberkesanan kajian yang dilakukan. Untuk melihat keberkesanan, kita memerlukan banyak sampel yang berlainan. Keberkesanan dapat dilihat apabila kajian yang telah lengkap di uji pada sampel yang lain. Oleh itu, dalam kajian tindakan, kita tidak dapt melihat keberkesanan kajian yang dijalankan.

Friday, November 13, 2009

TUGASAN 2: Aktiviti 2

JURNAL 1

An Action Research: The Effect of Computer-Based Mathematics on Problem Solving.

Kajian ini adalah untuk menguji kesan dari 'pembelajaran matematik menggunakan komputer' dalam penyelesaian masalah dan tingkah laku pelajar. Program EDUTEST digunakan dalam kajian pembelajaran matematik menggunakan komputer ini. Program komputer Edutest memfokuskan pada strategi penyelesaian masalah, geometry, pengukuran dan kebarangkalian. Dalam kajian, pelajar akan belajar sendiri dengan berpandukan pada garis panduan komputer.Dalam kajian ini, ujian awal dan ujian akhir diberikan oleh guru untuk mengukur tahap pencapaian pelajar.

JURNAL 2

Tajuk :A case study of engaging primary school students in learning science by using ActiveWorlds

Kajian ini mengkaji penglibatan pelajar sekolah rendah menggunakan ‘Active World’ iaitu pembelajaran secara tayangan video 3Ddalam pembelajaran sains untuk meningkatkan kefahaman pelajar dalam topik planet

  • Focus kepada pelajar yang menmpunyai markah rendah dalam sains
  • 10 orang pelajar sekolah rendah (4 lelaki dan 6 perempuan)dari 5 kelas yang berasingan
  • Umur pelajar majoritinya 11 tahun
  • Kajian dilakukan di dalam makmal komputer
  • Memberikan tugasan kepada sampel untuk dilakukan secara individu
  • Tugasan yang diberikan mempunyai 8 sesi dan setiap sesi adalah 2 jam
  • Kajian ini dilakukan pada waktu cuti sekolah
  • Sampel diminta untuk membuat 9 buah planet diangkasa(3D)dengan memberikan penerangan yang tepat menggunakan ‘active world’

JURNAL 3

Tajuk : Minute Math: An action research study of student self-assessment.

Kajian ini mengengkaji penilain kendiri pelajar terhadap matapelajaran matematik (focus pada sifir)

  • Projek"minute math" yang digunakan oleh pengkaji adalah untuk meningkatkan tahap pemahaman pelajar tentang matapelajaran matematik dan bukan sekadar menghafal sifir sahaja(focus pada sifit)
  • Memberikan soalan sifir (100 soalan) yang memerlukan pelajar menjawab selama 5 minit sahaja
  • Ujian ini dijalankan 1 kali seminggu selama 10 minggu
  • Setiap markah yang diperolehi dicatat dan meminta pelajar membuat target markah yang akan mereka perolehi minggu hadapan
  • Pengkaji meminta pelajar membuat refleksi pada kad refleksi yang mengandugi “GPAR” (goal,plan,action,reflection)

JURNAL 4

Tajuk: The effects of early intervention on the defiant behavior of students, using a social skills curriculum.

Jurnal kajian ini mengkaji cara mengurangkan tingkah laku buruk pelajar dengan kemahiran sosial yg lebih fokus kpd aktiviti di luar bilik darjah.Pelajar yang mempunyai tingkah laku buruk seperti melawan arahan guru, membuli , mencuri dan sebagainya akan diberikan intervensi yang dipanggil sebagai second step perogram.Intervensi ini akan diberikan 2 kali seminggu bagi melihat perubahan yang berlaku terhadap tingkah laku pelajar berkenaan.Kajian ini dijalankan terhadap pelajar kelas gred 1 di sekolah Fishweir Elementary dan dilakukan di dalam bilik darjah.Diakhir kajian ini,pengkaji mendapati,kajian yang dibuat ini berjaya mengurangkan tingkah laku buruk pelajar dalam tempoh kajian dialakukan.

Saturday, November 7, 2009

TUGASAN 1: Aktiviti 1 Maksud Kajian Tindakan

Apa maksud Kajian Tindakan (perbincangan kumpulan)

Kajian tindakan merupakan satu penyelidikan sistematik yang dijalankan oleh pelbagai pihak seperti guru, kaunselor, pihak pentadbiran dan lain-lain untuk mendapatkan maklumat mengenai amalan sesuatu organisasi, serta proses meningkatkan dan membaikpulih amalan yang sedia ada.

Apa maksud Kajian Tindakan (Individu)

Tajuk buku: All You Need To Know About Action Research (1st Ed)
Penulis: Jean McNiff and Jack Whitehead
Tempat terbitan: London
Tahun terbitan: 2006Publisher: Sage Publications1.

Kajian tindakan merupakan suatu bentuk kajian dimana pengamal menghasilkan idea baru tentang bagaimana menambahbaik amalannya, dan menggunakan idea-idea ini sebagai teori yang diamalkannya. Dalam erti kata lain, ia merupakan satu bentuk kajian yang membolehkan pengamal mengkaji untuk meningkatkan amalannya,samada secara individu atau secara kolektif. Kajian tindakan juga merupakan satu persoalan atau pertanyaan yang boleh dilakukan di mana-mana untuk membuat penyelidikan dan penaksiran ke atas kerja mereka.

Antara persoalan yang ditanya pada diri sendiri sebelum membuat KT:

  • Apa saya buat?
  • Apa yang perlu ditingkatkan?
  • Bagaimana meningkatkan?

Tajuk buku : A Teacher's Guide to Classroom Research

Penulis : David Hopkins

Kajian tindakan merupakan kajian yang dilakukan berdasarkan kehendak dan keperluan serta satu percubaan kajian yang dilakukan oleh pengkaji untuk memahami sesuatu proses amalanserta membuat peningkatan dan pemulihan terhadap amalan tersebut.

Tajuk buku : Teachers as Researcher in the Classroom

Author : Craig A. Mertler

Inkuiri yang sistematik yang dilakukan oleh guru, pihak pentadbir, kaunselor dan lain-lain pihak di dalam proses pengajaran dan pembelajaran atau bertujuan untuk menggabungkan maklumat tentang bagaimana sekolah tertentu beroperasi, bagaimana pengajaran mereka, dan bagaimana pembelajaran pelajar-pelajar.



Saturday, October 31, 2009

TUGASAN 3 : Aktiviti 1 LAPORAN KOLOKIUM



Meningkatkan penguasaan bacaan al-Quran dikalangan pelajar tingkatan 1 dan 2 Sekolah Methodist Laki-laki Kuala Lumpur dengan menggunakan kaedah Talaqqi dan Musyafahah

Masyitah Ulul Azmin
Shamsurena Shamsudin
Siti Hasmiyati Zahari
Penyataan Masalah
Hasil tinjauan guru-guru pelatih pelajar yang lemah dalam pembacaan al-Quran ini tidak mendapat pendidikan al-Quran secara formal dengan guru-guru al-Quran. Malah masih ada yang belum tamat dan masih tergagap ketika disuruh membaca al-Quran. Pada mereka mempelajari al-Quran hanya perlu belajar di sekolah sahaja dengan ustaz/ah di sekolah sama seperti mempelajari subjek Pendidikan Islam.
  1. Sejauhmanakah kaedah Talaqqi dan Musyafahah dapat menarik minat pelajar kepada pembelajaran tilawah al-Quran ?
  2. Adakah kaedah Talaqqi dan Musyafahah merupakan satu kaedah yang terbaik untuk meningkatkan pencapaian pelajar dari segi kelancaran, tilawah, dan juga makhraj tilawah?
  3. Bagaimanakah naqib (rakan pembimbing) dapat membantu dalam penguasaan al-Quran terhadap mentee melalui perlaksanaan kaedah Talaqqi dan Musyafahah?

Metodologi Kajian

Kajian dijalankan secara Kolaboratif yang mana melibatkan seorang naqib untuk seorang murid. Kaedah ini dikenalpasti sebagai kaedah Talaqqi Musyafahah bersama naqib. Guru membuat pemerhatian dengan membuat catatan dan survey melalui aktiviti membaca al-Quran semasa P&P. Data yang diperolehi ialah guru dapat mengenal pasti pelajar yang baik dan lemah dalam pembacaan al-Quran. Melalui pemerhatian ini, guru telah membahagikan kumpulan murid pandai dijadikan sebagai naqib, manakala kumpulan murid lemah dijadikan sebagai pengikut kepada naqib.

Setting Kajian

Kajian dijalankan di dalam surau pada waktu rehat sepanjang bulan Ramadhan.

Sampel Kajian

Kajian ini dijalankan secara kolaboratif oleh 3 orang guru pelatih kepada 46 orang pelajar tingkatan 1 dan 34 orang pelajar tingkatan 2 di Sekolah Methodist Laki-Laki Kuala Lumpur.

Pengumpulan Dan Analisis Data

Pengumpulan Data dibuat melalui borang penilaian naqib, borang mentee, pemerhatian,catatan dan rakaman video.

Analisis Data melalui borang penilaian naqib dan pemerhatian, prestasi pelajar yang baik bacaan telah meningkat berikutan bilangan menurunya bilangan pelajar yang lemah dalam ketiga-tiga aspek iaitu kelancaran, makhraj dan juga tajwid.

Implikasi Kajian

  1. memberi kefahaman kepada pelajar malah mampu membangkitkan minat serta pelajar dapat melibatkan diri secara aktif dalam p&p tilawah.
  2. meningkatkan penguasaan pelajar dalam membaca al-Quran
  3. guru dan naqib mampu membantu murid-murid yang lemah dalam membaca al-Quran melalui kaedah Talaqqi Musyafahah

Apa yang dapat dipelajari

  1. dapat mengetahui pendekatan yang terbaik dalam mengajar murid menguasai bacaan Al-Quran.
  2. dapat mengetahui dengan lebih mendalam cara pendekatan naqib ini dilaksanakan di sekolah.




Meningkatkan keberkesanan pengajaran Pendidikan Islam dengan menggunakan kaedah perbincangan dan aktiviti kerja kumpulan dalam pembelajaran Sirah Nabawiyyah dan Tamadun Islam


Masitah Abdullah (P43695)
Siti Halimah Hasim (P43635)

Penyataan Masalah

  1. Adakah perlaksanaan teknik perbincangan dan aktiviti kerja kumpulan dapat menarik minat pelajar untuk mempelajari tajuk Sirah Nabawiyyah dan Tamadun Islam?
  2. Adakah pelaksanaan teknik perbincangan dan aktiviti kerja kumpulan dapat membantu murid memahami dan mengingati fakta-fakta yang terdapat dalam tajuk Sirah Nabawiyyah dan Tamadun Islam?

Metodologi Kajian

Kajian ini menggunakan Teknik Perbincangan dan aktiviti Kerja Berkumpulan. Pemerhatian dilakukan di dalam kelas ketika proses pengajaran sedang dijalankan dan temubual dijalankan dengan menemubual pelajar secara rawak.

Setting Kajian

Guru membuat pemerhatian di dalam kelas melalui pemerhatian ke atas 2 gelung iaitu gelung pertama dan gelung kedua. Gelung pertama melibatkan merancang, melaksana, mengumpul dan refleksi. Manakala gelung kedua melibatkan merancang semula, melaksana, mengumpul dan menganalisis dan refleksi dan hasil kajian.

Sampel Kajian

Pelajar Tingkatan 4 Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sentul seramai 45 orang pelajar , yang terdiri daripada 23 orang daripada kelas Maju dan 22 orang daripada kelas Harapan

Pengumpulan dan Analisis Data

Data diperolehi melalui pemerhatian dan temubual.Melalui pemerhatian,didapati penglibatan pelajar sangat aktif dan telah menunjukkan minat. Melalui temubual menunjukkan aktiviti perbincangan dan kerja kumpulan mampu membantu pelajar memahami isi-isi penting. Seramai 13 orang daripada 16 orang pelajar memberi jawapan yang sama.

Implikasi Kajian

Mendapati bahawa teknik pengajaran yang dilakukan adalah berkesan sama ada melalui respon-respon atau jawapan-jawapan terhadap persoalan yang diutarakan oleh guru semasa pengajaran, pemerhatian dan refleksi kendiri pengkaji.

Apa yang dapat dipelajari

  1. Mendapat pengetahuan tentang tatacara melaksanakan kaedah perbincangan dan kerja kumpulan dilakukan untuk menarik minat pelajar pada matapelajaran yang diajar.
  2. Dapat mengetahui proses-proses yang perlu dijalankan semasa kajian tindakan dijalankan di sekolah.



Thursday, October 29, 2009

TUGASAN KELAS

Mengapakah kajian tindakan adalah penting bagi setiap guru?

  1. bagi membaiki kaedah pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas
  2. dapat mengenalpasti masalah pelajar dan masalah guru itu sendiri
  3. menjadikan guru lebih kreatif dalam pengajaran seharian
  4. guru dapat membina kemahiran melakukan penyelidikan
  5. melalui kajian tindakan, secra tidak lansung dapat meningkatkan mutu pendidikan negara
  6. mendebatkan sesuatu polisi
  7. mencari kaedah yang terbaik dalam proses pengajaran dan pembelajaran
  8. dapat membuat penambahbaikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
  9. dapat mengetahui kehendak pelajar
  10. dapat menjadikan kajian sebagai pendidikan sepanjang hayat